Peribahasa adalah cerminan watak bangsa yang memilikinya. Setiap masyarakat mempunyai peribahasa yang tersendiri. Di samping itu, peribahasa penting dalam konteks penelitian warisan dan keterampilan pengguna bahasa. Peribahasa juga mempunyai makna yang tersirat yang cukup mendalam dan tepat sehingga membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kewujudan peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah bangsa dan terus berkembang dalam proses manusia menyesuaikan dirinya dengan kehidupan sehariannya. Peribahasa telah digunakan untuk mengenal peradaban, menentukan nilai-nilai murni, serta mencari ketetapan dalam tatacara hidup bermasyarakat.
Menurut Abdullah Hussain (2003), tiga sumber utama digunakan oleh masyarakat untuk menghasilkan peribahasa iaitu:
1. Melalui pengalaman hidup khususnya dalam kalangan rakyat biasa
2. Melalui penaakulan para bijak pandai
3. Menerusi sumber yang didapati daripada kitab-kitab suci
Peribahasa yang sering dituturkan oleh masyarakat Melayu bukan sahaja mengandungi isi dan kiasan yang tepat, malah ungkapan bahasa yang dihasilkan amat teratur, ringkas dan padat. Oleh itu, perlu disedari bahawa peribahasa dalam fungsinya menyampaikan pengajaran, teladan dan sindiran mempunyai ciri pelembut agar pendengar atau pembacanya tidak mudah terasa hati. Unsur didaktik yang dibawa melalui peribahasa juga akan dapat memberi impak yang besar ke atas pemikiran serta perasaan masyarakat.
Peribahasa secara umumnya, merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, kata-kata hikmah dan bahasa kiasan (HSP Bahasa Melayu Tingkatan 4, 2003). Setiap satunya mempunyai sifat dan tujuan yang tertentu.
Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya (http://www.tutor.com.my/) Terdapat pihak yang mengklasifikasikan peribahasa seperti berikut:
a, Peribahasa selapis yang terdiri daripada pepatah, bidalan dan perbilangan (pepatah).
b. Peribahasa berlapis, iaitu perumpamaan
c. Lidah pendeta
Namun ada juga yang membahagikan peribahasa seperti berikut:

- Simpulan bahasa
- Perumpamaan
- Bidalan
- Pepatah atau Perbilangan
- Kiasan
- Metafora
Salam, Terima kasih atas maklumat, mohon keizinan untuk jadikan bahan rujukan saya.
ReplyDelete