PERIBAHASA PUSAKA BANGSA
Blog ini akan memuatkan pelbagai jenis peribahasa Melayu. Selain itu, setiap peribahasa tersebut akan dijelaskan maksud dan contoh-contoh ayat yang sesuai. Cerita pendek yang berkaitan dengan peribahasa juga akan difokuskan dalam blog ini. Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang cintakan pusaka warisan bangsa.
Tuesday, 13 December 2011
IKAT PERUT
ORANG GAJI
Saturday, 10 December 2011
MAKAN ANGIN
Thursday, 1 December 2011
MEMERAH OTAK
Lamin baru semester satu di salah sebuah universiti tempatan. Tapi sifatnya agak malas berbanding semasa belajar di sekolah dulu. Banyak tugasan yang dibuat tidak memenuhi kehendak soalan. Dia buat ala kadar sahaja. Sewaktu ujian semester, dia terpaksa memerah otak untuk menjawab semua soalan. Tidak ada satupun soalan yang mudah dijawab. Setengah jam pertama dia masih lagi memerah otak untuk menjawab soalan statistik. Sekali-sekala dia melihat orang lain yang sedang memerah otak untuk menjawab. Ada juga yang dah meminta kertas tambahan. Lamin pejam seketika. Kemudian dia memerah otak semula. Lagi setengah jam untuk habis kertas statistik, ramai calon telah keluar. Lamin terfikir mungkin mereka buat ulang kaji dan ambil catatan pensyarah jadi tak perlu memerah otak sangat. Bila masa menjawab telah tamat, Lamin hanya pasrah terhadap jawapan yang diberi.
AMBIL BERAT
Sejak kematian bapa, ibu terpaksa bekerja keras dan ambil berat untuk menyara kami sekeluarga. Selepas solat subuh, ibu akan ke rumah Encik Karim, Pegawai Daerah di Pekan Kuala untuk mencuci kain. Sebelum ni, ayahlah yang ambil berat tentang makan minum kami sekeluarga. Sebagai anak sulong, aku bertekad untuk belajar bersunggu-sungguh dan membalas jasa ibu ku. Aku juga terpaksa ambil berat terhadap pelajaran adik-adik ku. Aku tidak mahu, kerana miskin, pelajaran dilupakan.
Kalau boleh aku nak ikut jejak Abraham Lincoln yang hidupnya miskin tapi berjaya menjadi seorang presiden. Aku juga bersyukur kerana masyarakat selalu ambil berat dengan masalah keluarga ku. Aku selalu berdoa supaya kami sekeluarga dapat hidup dengan tabah dan berjaya dalam kehidupan. Selepas beberapa tahun, aku telah berjaya menamatkan pelajaranku di sebuah universiti tempatan. Aku kini bergelar seorang guru yang sentiasa mengambil berat tentang anak bangsa. Adik-adikku juga sedang mengikuti persekolahan mereka. Aku juga kini sangat ambil berat dengan ibu ku yang sebelum ni bekerja keras untuk kejayaan anak-anaknya.
SEPERTI AUR DENGAN TEBING
Wak Jali tergesa-gesa menunggang motosikal untuk menghadiri mesyuarat kenduri kahwin di rumah Pak Itam. Wak Jali bimbang terlewat sampai. Kalau dia terlewat, lambat pula mesyuarat akan habis. "Minta maaf saudara smua, saya terlewat." kata Wak Jali sebaik saja sampai di rumah Pak Itam. Selepas minum seteguk air kopi, Wak Jali memulakan mesyuarat kenduri kahwin.
"Kalau tak ada apa-apa halangan kita akan mengadakan gotong-royong untuk kenduri anak jiran kita yang akan berlangsung sedikit masa lagi. Ini adalah mesyuarat kenduri kahwin yang ke seratus kali. Alhamdulillah, sepanjang kita mengadakan kenduri kahwin, semangat gotong royong dan kerjasama antara jiran masih lagi kuat di kampung kita ni seperti aur dengan tebing." kata Wak Jali dengan penuh semangat. Kemudian Wak Jali membacakan senarai nama dengan tugas masing-masing. Sebaik saja mesyuarat berakhir, mereka dihidangkan dengan sedikit juadah oleh Mak Bedah, isteri Pak Itam.
"Kalau tak ada apa-apa halangan kita akan mengadakan gotong-royong untuk kenduri anak jiran kita yang akan berlangsung sedikit masa lagi. Ini adalah mesyuarat kenduri kahwin yang ke seratus kali. Alhamdulillah, sepanjang kita mengadakan kenduri kahwin, semangat gotong royong dan kerjasama antara jiran masih lagi kuat di kampung kita ni seperti aur dengan tebing." kata Wak Jali dengan penuh semangat. Kemudian Wak Jali membacakan senarai nama dengan tugas masing-masing. Sebaik saja mesyuarat berakhir, mereka dihidangkan dengan sedikit juadah oleh Mak Bedah, isteri Pak Itam.
KAKI BANGKU
Mahu tak mahu Osman menyepak bola ke arah Cikgu Yusof. Cikgu Yusof menahan bola dengan kakinya. Cikgu Yusof sepak semula bola itu kepada Osman. Osman menyepak semula bola itu kepada Cikgu Yusof. Selepas sepuluh minit Cikgu Yusof menepuk bahu Osman sambil berkata, "Awak boleh menendang bola. Awak juga mempunyai gaya menendang bola yang hebat. Awak juga bukan kaki bangku. Awak kena selalu bermain bola waktu PJ atau pada waktu petang. Kelak, awak boleh menjadi pemain bola sepak yang hebat".
Sekali lagi bahu Osman ditepuk orang. "Eh..mengapa termenung ni?" tegur Ramlan. "Oh! kau rupanya. Aku teringat sewaktu aku di sekolah rendah. Aku selalu kata aku ni kaki bangku. Tapi, Cikgu Yusof selalu beri semangat pada aku. Akhirnya aku berada di sini. Di sekolah Sukan Bukit Jalil" balas Osman dengan perasaan bangga.
Subscribe to:
Posts (Atom)