Mahu tak mahu Osman menyepak bola ke arah Cikgu Yusof. Cikgu Yusof menahan bola dengan kakinya. Cikgu Yusof sepak semula bola itu kepada Osman. Osman menyepak semula bola itu kepada Cikgu Yusof. Selepas sepuluh minit Cikgu Yusof menepuk bahu Osman sambil berkata, "Awak boleh menendang bola. Awak juga mempunyai gaya menendang bola yang hebat. Awak juga bukan kaki bangku. Awak kena selalu bermain bola waktu PJ atau pada waktu petang. Kelak, awak boleh menjadi pemain bola sepak yang hebat".
Sekali lagi bahu Osman ditepuk orang. "Eh..mengapa termenung ni?" tegur Ramlan. "Oh! kau rupanya. Aku teringat sewaktu aku di sekolah rendah. Aku selalu kata aku ni kaki bangku. Tapi, Cikgu Yusof selalu beri semangat pada aku. Akhirnya aku berada di sini. Di sekolah Sukan Bukit Jalil" balas Osman dengan perasaan bangga.
No comments:
Post a Comment