Blog ini akan memuatkan pelbagai jenis peribahasa Melayu. Selain itu, setiap peribahasa tersebut akan dijelaskan maksud dan contoh-contoh ayat yang sesuai. Cerita pendek yang berkaitan dengan peribahasa juga akan difokuskan dalam blog ini. Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang cintakan pusaka warisan bangsa.
Tuesday, 13 December 2011
IKAT PERUT
Mata Dollah terbeliak dan terus memandang bumbung rumah sewanya. Selimut yang telah menyelimuti tubuhnya hampir 12 jam sudah malas untuk menyelimuti tubuh Dollah. Dollah cuba pejamkan mata. Tapi tak boleh. Perut Dollah dah lama pedih. Dah dua hari Dollah ikat perut. Dah dua hari juga Dollah makan maggi. Dollah tak keluar rumah. Rakan serumah ajak Dollah keluar. Tapi Dollah menolak. Dollah kata dia nak buat assignment teknologi maklumat. Sebenarnya Dollah tak ada duit nak makan di luar. Duit elaun yang di beri dah habis. Mujurlah hari ini hari Ahad. Esok duit elaun masuk. Dollah cuma perlu ikat perut satu hari lagi. Maggi pun masih tinggal 4 bungkus. Cukuplah tu. Esok Dollah pasti kenyang besar. Sebab esok Dollah tak perlu lagi ikat perut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment