Thursday, 1 December 2011

MEMERAH OTAK

Lamin baru semester satu di salah sebuah universiti tempatan. Tapi sifatnya agak malas berbanding semasa belajar di sekolah dulu. Banyak tugasan yang dibuat tidak memenuhi kehendak soalan. Dia buat ala kadar sahaja. Sewaktu ujian semester, dia terpaksa memerah otak untuk menjawab semua soalan. Tidak ada satupun soalan yang mudah dijawab. Setengah jam pertama dia masih lagi memerah otak untuk menjawab soalan statistik. Sekali-sekala dia melihat orang lain yang sedang memerah otak untuk menjawab. Ada juga yang dah meminta kertas tambahan. Lamin pejam seketika. Kemudian dia memerah otak semula. Lagi setengah jam untuk habis kertas statistik, ramai calon telah keluar. Lamin terfikir mungkin mereka buat ulang kaji dan ambil catatan pensyarah jadi tak perlu memerah otak sangat. Bila masa menjawab telah tamat, Lamin hanya pasrah terhadap jawapan yang diberi. 

1 comment:

  1. Salam... Sama lah dengan kita kena memerah otak untuk exam nantikan.Apa-apa pun tahniah kerana berjaya membuat blog.

    ReplyDelete