Blog ini akan memuatkan pelbagai jenis peribahasa Melayu. Selain itu, setiap peribahasa tersebut akan dijelaskan maksud dan contoh-contoh ayat yang sesuai. Cerita pendek yang berkaitan dengan peribahasa juga akan difokuskan dalam blog ini. Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang cintakan pusaka warisan bangsa.
Tuesday, 13 December 2011
ORANG GAJI
Leman lesu bila memikirkan desakan isterinya supaya mendapatkan orang gaji. Bagi Leman, dia ingin melihat anaknya membesar dengan mereka. Lagipun Leman agak bimbang tentang cerita orang gaji di akhbar. Walaupun adanya orang gaji kelak dapat meringankan beban isterinya, tapi Leman fikirkan pula tentang rumahnya yang kecil. Ada tiga bilik saja. Mana cukup. Lagipun nak bayar gaji orang gaji sekarang mahal. Paling kurang RM600. Itu tak termasuk syarat-syarat lain. Sebab itu, kadang-kadang Leman jadi macam orang gaji. Basuh kain, sidai kain, dan memasak. Leman paling suka bila melihat anak isterinya makan sampai habis apa yang dia masak. Kalau isterinya jemu memasak, Leman akan tolong masak. Kalau dah jemu, makan di luar saja. Sebab itu Leman pendamkan saja hasrat isterinya untuk dapatkan orang gaji. Bimbang juga nanti bila ada orang gaji tak dapat bayar gaji pula.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment