Blog ini akan memuatkan pelbagai jenis peribahasa Melayu. Selain itu, setiap peribahasa tersebut akan dijelaskan maksud dan contoh-contoh ayat yang sesuai. Cerita pendek yang berkaitan dengan peribahasa juga akan difokuskan dalam blog ini. Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang cintakan pusaka warisan bangsa.
Tuesday, 13 December 2011
IKAT PERUT
ORANG GAJI
Saturday, 10 December 2011
MAKAN ANGIN
Thursday, 1 December 2011
MEMERAH OTAK
Lamin baru semester satu di salah sebuah universiti tempatan. Tapi sifatnya agak malas berbanding semasa belajar di sekolah dulu. Banyak tugasan yang dibuat tidak memenuhi kehendak soalan. Dia buat ala kadar sahaja. Sewaktu ujian semester, dia terpaksa memerah otak untuk menjawab semua soalan. Tidak ada satupun soalan yang mudah dijawab. Setengah jam pertama dia masih lagi memerah otak untuk menjawab soalan statistik. Sekali-sekala dia melihat orang lain yang sedang memerah otak untuk menjawab. Ada juga yang dah meminta kertas tambahan. Lamin pejam seketika. Kemudian dia memerah otak semula. Lagi setengah jam untuk habis kertas statistik, ramai calon telah keluar. Lamin terfikir mungkin mereka buat ulang kaji dan ambil catatan pensyarah jadi tak perlu memerah otak sangat. Bila masa menjawab telah tamat, Lamin hanya pasrah terhadap jawapan yang diberi.
AMBIL BERAT
Sejak kematian bapa, ibu terpaksa bekerja keras dan ambil berat untuk menyara kami sekeluarga. Selepas solat subuh, ibu akan ke rumah Encik Karim, Pegawai Daerah di Pekan Kuala untuk mencuci kain. Sebelum ni, ayahlah yang ambil berat tentang makan minum kami sekeluarga. Sebagai anak sulong, aku bertekad untuk belajar bersunggu-sungguh dan membalas jasa ibu ku. Aku juga terpaksa ambil berat terhadap pelajaran adik-adik ku. Aku tidak mahu, kerana miskin, pelajaran dilupakan.
Kalau boleh aku nak ikut jejak Abraham Lincoln yang hidupnya miskin tapi berjaya menjadi seorang presiden. Aku juga bersyukur kerana masyarakat selalu ambil berat dengan masalah keluarga ku. Aku selalu berdoa supaya kami sekeluarga dapat hidup dengan tabah dan berjaya dalam kehidupan. Selepas beberapa tahun, aku telah berjaya menamatkan pelajaranku di sebuah universiti tempatan. Aku kini bergelar seorang guru yang sentiasa mengambil berat tentang anak bangsa. Adik-adikku juga sedang mengikuti persekolahan mereka. Aku juga kini sangat ambil berat dengan ibu ku yang sebelum ni bekerja keras untuk kejayaan anak-anaknya.
SEPERTI AUR DENGAN TEBING
Wak Jali tergesa-gesa menunggang motosikal untuk menghadiri mesyuarat kenduri kahwin di rumah Pak Itam. Wak Jali bimbang terlewat sampai. Kalau dia terlewat, lambat pula mesyuarat akan habis. "Minta maaf saudara smua, saya terlewat." kata Wak Jali sebaik saja sampai di rumah Pak Itam. Selepas minum seteguk air kopi, Wak Jali memulakan mesyuarat kenduri kahwin.
"Kalau tak ada apa-apa halangan kita akan mengadakan gotong-royong untuk kenduri anak jiran kita yang akan berlangsung sedikit masa lagi. Ini adalah mesyuarat kenduri kahwin yang ke seratus kali. Alhamdulillah, sepanjang kita mengadakan kenduri kahwin, semangat gotong royong dan kerjasama antara jiran masih lagi kuat di kampung kita ni seperti aur dengan tebing." kata Wak Jali dengan penuh semangat. Kemudian Wak Jali membacakan senarai nama dengan tugas masing-masing. Sebaik saja mesyuarat berakhir, mereka dihidangkan dengan sedikit juadah oleh Mak Bedah, isteri Pak Itam.

KAKI BANGKU
Mahu tak mahu Osman menyepak bola ke arah Cikgu Yusof. Cikgu Yusof menahan bola dengan kakinya. Cikgu Yusof sepak semula bola itu kepada Osman. Osman menyepak semula bola itu kepada Cikgu Yusof. Selepas sepuluh minit Cikgu Yusof menepuk bahu Osman sambil berkata, "Awak boleh menendang bola. Awak juga mempunyai gaya menendang bola yang hebat. Awak juga bukan kaki bangku. Awak kena selalu bermain bola waktu PJ atau pada waktu petang. Kelak, awak boleh menjadi pemain bola sepak yang hebat".
Sekali lagi bahu Osman ditepuk orang. "Eh..mengapa termenung ni?" tegur Ramlan. "Oh! kau rupanya. Aku teringat sewaktu aku di sekolah rendah. Aku selalu kata aku ni kaki bangku. Tapi, Cikgu Yusof selalu beri semangat pada aku. Akhirnya aku berada di sini. Di sekolah Sukan Bukit Jalil" balas Osman dengan perasaan bangga.
Tuesday, 29 November 2011
PEPATAH
Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah. Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan.

Pepatah berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.
Pepatah berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.
Sebagai contoh, diam ubi berisi, diam besi berkarat bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi bodoh.
Thursday, 10 November 2011
PERUMPAMAAN
Perumpamaan pula merupakan peribahasa yang menyatakan sesuatu maksud dengan
a. Seperti katak di bawah tempurung
b. Umpama kaca dengan permata
diumpamakan kepada sesuatu yang lain sehingga menerbitkan makna dua lapis. Istilah perumpamaan digunakan kerana sesuatu maksud itu dikaitkan atau diumpamakan dengan satu perkara lain yang setanding Ini bermakna perkataan yang diungkapkan mempunyai makna yang lain daripada erti perkataan yang dipaparkan. Ini menjelaskan perumpamaan mengandungi makna tersurat dan tersirat. Menurut Za’ba (1965) peribahasa yang tidak mempunyai erti dua lapis tidaklah boleh dinamakan perumpamaan yang berasal daripada bahasa kiasan. Perumpamaan terdiri daripada dua jenis iaitu yang menggunakan perbandingan dan yang tidak menggunakan perbandingan. Kebiasaannya perumpamaan akan menggunakan perkataan bagai, laksana, dan seperti. Sebagai contoh; bagai aur dengan tebing yang bermaksud bermuafakat atau tolong-menolong.
Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu yang menyatakan perbandingan secara terang-teragnan dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan. Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-teranan didahului dengan kata-kata perbandingan seperti, umpama, bagai, laksana, ibarat dan baik; manakala perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingan tidak didahului kata-kata perbandingan tersebut.
b. Umpama kaca dengan permata
c. Bagai pungguk rindukan bulan
d. Ibarat air di daun keladi
e. Laksana katak diharung ular
a. Genggam bara api biar sampai jadi arang
b. Diberi betis hendak peha
c. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
BIDALAN
Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Di dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan, dan pengajaran. Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpaan, bidalan juga mempunyai maksud dua lapis. Bagaimanapun bdalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama. Perbezaan antara bidalan dengan pepatah ialah bidalan lebih kerap digunakan, mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran.

Contoh bidalan seperti jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegak yang bermaksud semakin kaya semakin sombong. Bidalan ini menjadikan sifat pokok jagung apabila telah berbuah, pokok jagung akan terus berdiri tegak. Selain itu, isi jagung dapat dikaitkan dengan harta kemewahan. Oleh itu, Perbandingan antara jagung dan manusia digambarkan seperti orang yang kaya semakin meninggi diri.

Keadaan ini akan memberi pengajaran kepada manusia supaya tidak menjadi seperti jagung sebaliknya hendaklah menjadi seperti resmi padi semakin berisi, semakin tunduk. Perbandingan ini adalah maksud sebaliknya dengan bidalan yang pertama tadi.

Contoh Bidalan
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak - Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha
Alur bertempuh, jalan berturut - Melakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang lazim
Monday, 7 November 2011
SIMPULAN BAHASA
Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan yang membentuknya. Biasanya simpulan bahasa berkaitan dengan beberapa perkara iaitu tubuh badan, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan nama khas. Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan mempunyai maksud yang khusus.Ia mempunyai maksud yang berbeza daripada makna harfiah kata-kata dalam ungkapan. Terdapat juga simpulan bahasa yang bersifat bebas, contohnya juling air dan serkap jarang (Za’ba, 1965).
Menurut Za'aba, simpulan bahasa dapat dihasilkan berdasarkan empat perkara iaitu:
1. Perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyur seperti Mat Jenin, Lebai Malang dan Abu Jahal
2. Benda atau kejadian yang berlaku di sekeliling seperti mandi kerbau, mata duitan, dan kutu embun
3. Kepercayaan masyarakat seperti harimau berantai, buruk siku dan dimakan bulan
4. Daripada kebiasaan atau resaman bahasa seperti ada hati, gila bahasa dan beri muka
Simpulan bahasa yang berkaitan dengan tubuh badan:
Telinga kuali - Orang yang tahan hati walaupun dimarahi
Telinga lintah - Tajam pendengaran
Telinga nipis - Mudah marah
Contoh ayat:
1. Dia hanya mendiamkan diri apabila dimarahi kerana dia telinga kuali.
2. Walaupun Pak Hasan sudah tua tetapi dia telinga lintah.
3. Mereka tidak suka bergurau dengan Wahab kerana dia telinga nipis.
Simpulan bahasa yang berkaitan dengan haiwan:
Hati tikus - Orang yang penakut
Buaya darat - Orang yang suka memperdaya perempuan
Cicak kubin - Orang yang kurus
Contoh ayat:
1. Dia menjadi hati tikus apabila melalui rumah yang kosong itu.
2. Lelaki yang kacak itu dianggap buaya darat kerana telah memperdaya ramai perempuan.
3. Tubuhnya macam cicak kubin selepas mengambil dadah.
Simpulan bahasa yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan:
Durian runtuh - Dapat terpijak
Diam-diam ubi - Orang yang diam tetapi pandai dan rajin
Biang keladi - Orang atau hal yang menjadi punca kejahatan
Contoh ayat:
1. Dia mendapat durian runtuh daripada majikannya.
2.Jais diam-diam ubi, tetapi keputusannya sangat cemerlang.
3. Dia menjadi biang keladi dalam kes kecurian lembu baru-baru ini.
Simpulan bahasa yang berkaitan nama khas:
Mat Jenin - Orang yang suka berangan-angan
1. Perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyur seperti Mat Jenin, Lebai Malang dan Abu Jahal
2. Benda atau kejadian yang berlaku di sekeliling seperti mandi kerbau, mata duitan, dan kutu embun
3. Kepercayaan masyarakat seperti harimau berantai, buruk siku dan dimakan bulan
4. Daripada kebiasaan atau resaman bahasa seperti ada hati, gila bahasa dan beri muka
Simpulan bahasa yang berkaitan dengan tubuh badan:
![]() |
Telinga |
Telinga lintah - Tajam pendengaran
Telinga nipis - Mudah marah
Contoh ayat:
1. Dia hanya mendiamkan diri apabila dimarahi kerana dia telinga kuali.
2. Walaupun Pak Hasan sudah tua tetapi dia telinga lintah.
3. Mereka tidak suka bergurau dengan Wahab kerana dia telinga nipis.
Simpulan bahasa yang berkaitan dengan haiwan:
![]() |
Haiwan |
Buaya darat - Orang yang suka memperdaya perempuan
Cicak kubin - Orang yang kurus
Contoh ayat:
1. Dia menjadi hati tikus apabila melalui rumah yang kosong itu.
2. Lelaki yang kacak itu dianggap buaya darat kerana telah memperdaya ramai perempuan.
3. Tubuhnya macam cicak kubin selepas mengambil dadah.
Simpulan bahasa yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan:
![]() |
Durian |
Diam-diam ubi - Orang yang diam tetapi pandai dan rajin
Biang keladi - Orang atau hal yang menjadi punca kejahatan
Contoh ayat:
1. Dia mendapat durian runtuh daripada majikannya.
2.Jais diam-diam ubi, tetapi keputusannya sangat cemerlang.
3. Dia menjadi biang keladi dalam kes kecurian lembu baru-baru ini.
Simpulan bahasa yang berkaitan nama khas:
Mat Jenin |
Mat Jenin - Orang yang suka berangan-angan
Abu Nawas - Orang yang suka berhelah
Abu Jahal - Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan
Contoh ayat:
1. Berusahalah kalau mahu berjaya dan jangan menjadi seperti Mat Jenin.
2. Kami memanggilnya Abu Nawas kerana suka berhelah apabila ditanya.
3. Abu Jahal di Kampung Semarang telah ditangkap polis pagi tadi.
CIRI DAN TUJUAN PERIBAHASA
Peribahasa adalah cerminan watak bangsa yang memilikinya. Setiap masyarakat mempunyai peribahasa yang tersendiri. Di samping itu, peribahasa penting dalam konteks penelitian warisan dan keterampilan pengguna bahasa. Peribahasa juga mempunyai makna yang tersirat yang cukup mendalam dan tepat sehingga membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kewujudan peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah bangsa dan terus berkembang dalam proses manusia menyesuaikan dirinya dengan kehidupan sehariannya. Peribahasa telah digunakan untuk mengenal peradaban, menentukan nilai-nilai murni, serta mencari ketetapan dalam tatacara hidup bermasyarakat.
Menurut Abdullah Hussain (2003), tiga sumber utama digunakan oleh masyarakat untuk menghasilkan peribahasa iaitu:
1. Melalui pengalaman hidup khususnya dalam kalangan rakyat biasa
2. Melalui penaakulan para bijak pandai
3. Menerusi sumber yang didapati daripada kitab-kitab suci
Peribahasa yang sering dituturkan oleh masyarakat Melayu bukan sahaja mengandungi isi dan kiasan yang tepat, malah ungkapan bahasa yang dihasilkan amat teratur, ringkas dan padat. Oleh itu, perlu disedari bahawa peribahasa dalam fungsinya menyampaikan pengajaran, teladan dan sindiran mempunyai ciri pelembut agar pendengar atau pembacanya tidak mudah terasa hati. Unsur didaktik yang dibawa melalui peribahasa juga akan dapat memberi impak yang besar ke atas pemikiran serta perasaan masyarakat.
Peribahasa secara umumnya, merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, kata-kata hikmah dan bahasa kiasan (HSP Bahasa Melayu Tingkatan 4, 2003). Setiap satunya mempunyai sifat dan tujuan yang tertentu.
Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya (http://www.tutor.com.my/) Terdapat pihak yang mengklasifikasikan peribahasa seperti berikut:
a, Peribahasa selapis yang terdiri daripada pepatah, bidalan dan perbilangan (pepatah).
b. Peribahasa berlapis, iaitu perumpamaan
c. Lidah pendeta
Namun ada juga yang membahagikan peribahasa seperti berikut:

- Simpulan bahasa
- Perumpamaan
- Bidalan
- Pepatah atau Perbilangan
- Kiasan
- Metafora
Thursday, 20 October 2011
PENGENALAN TENTANG PERIBAHASA
Peribahasa merupakan satu cabang sastera lama, bukan sahaja bagi bangsa Melayu tetapi juga hampir semua bangsa di dunia. Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.
Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot. Peribahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan peribahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan peribahasa masing-masing. Selain itu, peribahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.
(Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Peribahasa)
Subscribe to:
Posts (Atom)